August 04, 2013

Kaki novel :: 13 Jam A380


Assalamualaikum..

Finally, sampai juga novel ni kat tangan aku Jumaat lepas. Beli online kat KaryaSeni dapat murah! Tapi minta diorang post kat rumah BMC sebab rumah Shah Alam mana ada orang kat rumah semasa waktu bekerja kan. Lagi senang amik je kat rumah family. Tapi tulah yang stress bila takde depan mata. Dah tahu novel tu dah sampai tapi kena tunggu time weekend jelah balik pergi amik. Hehehe. 

Maka pulak Jumaat malam hari tu balik BMC. Macam nak longgar muka aku dok tersengih bila nampak parcel atas meja kopi. Yay, Haydar akhirnya sampai ke tangan ku jua. Dapat-dapat je terus sambung membaca dari bab 29. Sebabnya bab sebelumnya dah baca kat blog penulis, Evelyn Rose. Sesiapa yang dah pernah baca The Wedding Breaker mesti dah kenal dengan penulis ni. Dan aku boleh katakan, 13 Jam A380 also a great piece asides of TWB. 

Sinopsis:

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.

"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR

Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.

"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI

"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA

"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI

"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA

Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...

“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR

Adakah  mimpi  akan  kekal  sebagai  mimpi  setelah  waktu  berlalu  dan  hari  berganti?


Ok, sekarang korang dah tahu serba sikit tentang jalan ceritanya kan? Apa yang menariknya dalam novel ialah korang akan sentiasa mengalami emotion roller coaster. Especially part Hana dan Haydar. Macam-macam perangai diorang ni. Fawwaz always cool in his way. 

Tapi yang lagi menarik sebenarnya apa yang nak disampaikan oleh si pencerita, Evelyn Rose ialah rahsia jodoh adalah milik Allah. Allah berhak nak mempertemukan jodoh hamba-hambanya. Kita sebagai hamba yang kerdil takkan mampu melawan takdir. Sejauh mana pun kita merancang, kalau Allah kata He/She is not meant for you memang sampai kesudahan takkan bersatu. Kita sebagai manusia sentiasa nak yang cantik, kacak, beriman, baik dan sewaktu dengannya dan kadang-kadang melampaui akal fikiran sampaikan kita terlupa apa yang nampak baik kat mata kita tak semestinya baik pada mata Allah, dan juga sebaliknya. Setiap takdir Allah ke atas kita sentiasa ada sebab musabab yang munasabah. Allah takkan menganiaya hambaNya melainkan kita sendiri yang selalu menzalimi diri sendiri.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Ini janji Allah untuk semua manusia. So kalau kita nak jodoh yang baik, kita kenalah berusaha menjadi yang lagi baik. Jangan hanya mengharapkan jodoh yang baik andai kita sendiri bergelumang dengan dosa. Sebab itu janji Allah. Maka, kita hendaklah sentiasa bermohon dengan Allah untuk memberi petunjuk andai tersepit antara dua pilihan macam Hana ni. Antara Haydar dan Fawwaz. Sentiasa melakukan istikharah mohon petunjuk.

Selain itu, ada satu part dalam novel ni yang menimpa Hana Sofea yang membuatkan aku terfikir 'macam ni ke kalau kat Padang Mahsyar bila mana setiap sorang manusia akan ditayangkan segala amal baik buruknya di dunia' . Sangat memalukan andainya dosa-dosa kita yang lebih banyak ditayangkan di khalayak ramai. Sangat perit rasanya bila keaiban dosa lalu yang kita cuba sembunyikan setelah kita mahu berubah, cuba berubah diketahui oleh orang lain lagi-lagi orang yang kita sayang. Dosa-dosa semalam yang mampu menghukum kita di masa hadapan. And seriously I feel deeply sorry for Hana Sofea.

13 Jam A380 jugak menampilkan watak-watak dari novel The Wedding Breaker iaitu Tengku Adam Kamil, Ariana Rose, Samuel dan Linda. Dan kali ini sebagai watak-watak sampingan yang menguatkan plot cerita. Pengakhiran seorang ateis kepada seorang Muslim yang dilalui Samuel sangat memuaskan hati. Because we, TWBians knew that he's such a nice guy in TWB. Dan ini juga menunjukkan Allah boleh mendatangkan hidayah dalam berbagai bentuk/orang. Allah mampu menggerakkan hati manusia yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan dalam sekelip mata. Kita boleh tengok dan tahu dari kisah Saidina Umar Al-Khattab yang dahulunya penentang agama Islam yang tegar. Tapi Allah bagi hidayah bila dia mendengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adiknya. Dan kita manusia biasa janganlah senang-senang nak melabel seseorang itu will be condemned forever by Allah. Kerana kita tak tahu pengakhiran hidup kita dengan apa. Kalau yang baik-baik, alhamdulillah. Kalau yang buruk, nauzubillah. Berdoa sentiasa ditetapkan iman hanya kepada Allah. And I happy Samuel end up married to Linda.

Asides that, kasih sayang seorang ibu dan ayah tak semestinya perlu mempunyai darah dan rupa yang sama. Hana Sofea dan Fawwaz sayangkan Emmel walaupun dia hanya anak angkat. Kasih sayang diberi  tanpa berbelah bagi. Dianggap seperti anak sendiri. Kelembutan Fawwaz dan Hana menyayangi Emmel yang menjadi daya tarikan antara mereka untuk membina keluarga bersama.

Endingnya apa? Better korang pergi beli sendiri novel ni dan baca. Ambil iktibar untuk dijadikan panduan dalam hidup. TWBian confirm dah kenal sapa yang Evelyn Rose letak muka untuk watak utama kan? Ada yang tak tahu? Takpe, aku pun baru tahu nama mamat handsome ni. Hehe. Sean O'Pry as Haydar. Handsome. Period. 

Mr Haydar in CEO's attire

Haydar in casual attire.




2 comments:

Anonymous said...

I like your review.
Attracted to Fawwas. Fall in love with Haydar. This story made me cry. :) Allah is the greatest planner. Believe in Him and you'll live happily ever after. :) Shine your day !

eLiza nABILah said...

Yup.. me too attracted to fawwaz and ended up loving Haydar a LOT. hehe..and for sure Allah is The Greatest Planner which is undeniable. Thanks for drop by! muah3!!

Powered by Blogger.

© 2011 it's MY life...., AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena