June 05, 2012

kaki novel:: Suami Aku Ustaz

Assalamualaikum....


Sinopsis (kat kulit belakang novel..huhuh):

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
Novel ni memang best sangat-sangat.. Pergh, first time aku rasa, 'Hei, not bad la kahwin dengan ustaz' hahaha..Yelah, biasanya orang kan suka labelkan seorang ustaz ni sebagai manusia yang sangat skema. Tapi dalam novel ni, korang memang enjoy baca punye la dengan perubahan karakter Ustaz Hafiz yang hanya berlagak cute mute depan wife dia je, sweet gile kot..Jealous dia lagi tak payah cerita, kuat gak lah..hahaha.. yang Alisa nya pulak memang la typical budak-budak jiwa remaja la kan, tapi takde lah sampai tahap melampaui batas.. Masa Alisa still student lagi la yang memang lawak gila, bila suami jadi ustaz kat sekolah..Cari pasal kat rumah, kena bahan kat kelas! Padan muka ko Alisa...hahaha..Tapi bestfriends Alisa memang terbaik lah! Especially Afrina a.k.a Wati..Always support Alisa walaupun dia the third person yang baru tahu pasal pernikahan budak dorang tu.. JAlan cerita dia memang terbaik lah..Penuh dengan mesej keagamaan yang disampaikan dalam cara yang senang nak faham.. Lebih kurang style Hlovate la..Rindunya aku nak baca novel Hlovate..So sapa yang nak beli novel ni boleh je beli online kat karya seni, boleh dapat RM19 daripada Rm22 untuk yang ahli sahaja OR korang boleh pergi menapak kat mana2 kedai buku POPULAR sebab, untuk member korang akan dapat diskaun 20% baik punya.. So dalam range RM17 je..Lagi jimat ye tak, aku pun beli kat popular sebab kat MPH selalu abis..

Selamat membaca dan kita hayati isi kandungnya!!!


p/s: kalo orang bagi gula HACKS, jgn tak amik tau..haha..
HACKS= Hanya Aku Cinta Kau Sorang

2 comments:

Atiqah Ali said...

HACKS boleh diambil kerana maksudnya.. HANYA AKU CINTA ALLAH SEKARANG :)

eLiza nABILah said...

yang ni pun betul jugak.. ^^
thanks for the comment by the way.